Friday, 21 December 2012

Pagi jumaat yang barakah :)

Assalammualaikum...

Alhamdulilah pagi jumaat yang penuh barakah :)

Syukur ya Allah..Engkau permudahkan urusan kami suami isteri pagi ni. Semoga rezki kami selalu diberkati. Aamiin!

Daaaaa...

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, 18 December 2012

New gajet :)

Assalammualaikum..

Surprise from my Mr.right!

Alhamdulilah..tercapai gak impian :) semalam online guna iPhone tapi merajuk lak dia *bukan aku buang dia terus pong* line ade tapi asyik loading je..malehh aku nak nunggu *_*

Daaaa

Monday, 17 December 2012

Settle sudah keperluan untuk baby :)

Assalammualaikum..

Setle sudah barang keperluan untuk baby :) alhamdulilah!

Petang tadi lepas balik dari rumah jiran aku *ada majlis solat hajat* mr.right aku ajak g beli barang barang untuk baby.

Sampai angsana, kitaorang terus tuju tempat barang baby. Rambang mata wehh tengok baju baby yang comey comey!! Tak lupa jugak baju untuk adelia skali. Dah siap pilih n mr.right aku dah bayau..aku ngan mr.right aku g cari barang kitaorang pulak. Barang aku xde stok. Mr.right aku je la dapat beli barang dia.

Barang keperluan untuk aku masa berpantang nanti..esok lusa baru beli. Harini shoping untuk baby je dulu. Tu pun beli sikit je sebab barang adelia dulu masih elok :) alhamdulialh dapat jimat..hee

On the way nak ke kereta, ternampak khemah kat padang angsana ada pameran kraf. Nak singgah tapi parking dah bayau pulak. Lain kali je la cuci mata kat pameran tu. mana tau ada yang berkenan kat hati kan..heee

Sebelum balik umah singgah beli nasi kerabu dulu *arini aku gantung periuk sebab ada kenduri + nak kluar shoping* nasi kerabu dia memang best! Kalau kitaorang g angsana wajib beli nasi kerabu kat situ :)

Habis sudah story untuk hari ni. Nak kena tido awal sebab esok ada cek up! Semoga semua nya baik baik saja! Aamiin


Daaaaaa

Sunday, 16 December 2012

Suamiku yang baik hati :)

Assalammualaikum..


Tengah hari semalam tiba2 je x sihat. Badan rasa x sedap. Tekak pula kembang semacam je! Rasa macam nak muntah! Uwerkk!!! Siyesly..memang x tahan sangat.

Aku pun geledah la almari ngan peti es kot2 ada makanan yang boleh aku telan untuk pulihkan tekak aku ni. Makanan banyak..coklat yang beli kat langkawi dulu pun masih ada lagi tapi tekak aku still kembang lagi.

X leh jadi ni. Aku terus text mr.right aku gtau keadaan aku. Dia suruh rehat. Dalam sejam kemudian dia balik uma bawak balik satu plastik penuh makanan dalam tu. Sukanya aku tengok macam2 jenis makanan. Terus rasa sihat..heee.

Bila buka bungkusan plastik tu..banyak sangat asam/jeruk. Aku bukan nya hantu asam2 ni..jeruk ape tah lagi. Memang jarang sangat la aku nak makan benda alah ni sume! Tapi untuk hilangkan rasa kembang semacam kat tekak aku ni..aku makan juga..baru lega :)

Tima kaceh heroku..sanggup balik kejap tengok isteri dia yang x sihat ni :)

#sepatutnye ni entry semalam tapi xleh publish lak *_*

Saturday, 15 December 2012

Scan 4D

Assalammualaikum..


Petang semalam aku g wat scan 4d for adelia's junior kat Klinik Pakar Puan Tan di jb :) klinik yang sama masa aku nak wat scan 4d untuk adelia dulu. Tapi masa adelia dulu x nampak sebab kandungan aku dah besar masa tu. xde rezki untuk wat kenang kenangan masa adelia dalam perut aku :(

Kali ni alhamdulilah dapat gak aku wat kenang kenangan untuk adik adelia walau pun kandungan aku sekarang dah 31 weeks :) jantina masih sama :) harga untuk scan 4d 140 henggettt..mahalllll huuu



Aku bersyukur Ya Allah!!

Assalammualaikum...


Aku bersyukur Ya Allah!

Semenjak dua menjak ni, bila aku kluar then dengan tidak sengaja aku ternampak orang kutip tin kosong ditepi jalan pada jam lebih kurang 11 malam, automatik aku akan emosi. Sedih. aku bersyukur dengan kehidupan aku sekarang. Walau tidak semewah orang kaya tapi semua keperluan aku cukup. Semua tersedia. Semua boleh aku perolehi samada cepat atau lambat. Mr.right aku akan penuhi apa yang aku perlukan. Terima kasih ya Allah atas rezki Mu ini.

Macam tu jugak bila aku makan kat luar. Mesti ada makcik/orang yang akan pergi dari satu meja ke satu meja yang lain untuk jual kerepek/minta sedekah/wat direct selling pada pelanggan kedai tu. x dapat aku bayangkan klau mak aku dalam situasi macam tu. bergenang air mata aku. Susahnya mereka nak mencari rezki. Sedangkan aku makan yang sedap2 di luar.

Dulu, aku sekeluarga hidup susah sangat. Bila aku kenang kembali..aku pasti menangis. Aku juga sangat emosi klau tengok orang yang hidup susah. X kira la dalam tv atau depan mata aku. Aku pasti akan menangis jugak.

Masa sekolah rendah kepala aku penah diketuk oleh konduktor bas sekolah sebab dah beberapa bulan tambang bas x dibayar. Naik sekolah menengah, kami adik beradik naik bas awam. Kalu ayah ade duit dapat la kami ke sekolah. Tu pun just bawak duit tambang je. Sorang RM1. Tambang bas untuk student 50sen pergi 50 sen balik. Makan? Sampai uma dalam kul 2 lebih baru dapat makan. Kat sekolah hanya tengok kawan2 makan je :( klau ade rezki dapat la sorang 2 ringgit. Tapi tu pun kadang makan kadang x sebab duit yang 1 ringgit tu aku lebih rela simpan kot2 esok lusa ayah xde duit boleh guna untuk tambang bas.

Yuran. Tiap2 tahun kami adik beradik la selalu bayar yuran lambat. Sesi persekolahan nak tamat baru dapat setle yuran sekolah. Aku selalu mengelak klau cikgu kelas masuk sebabnya dia pasti akan minta yuran. Masa tu memang malu kat kawan2 yang lain. Tapi apa nak buat..kluarga aku x mampu. Zaman sekarang syok la yuran dah dihapuskan. Kan best klau zaman aku lagi dorang hapuskan yuran sekolah ni.

Buku. Buku sekolah pun kami x mampu nak beli :( hanya guna buku teks yang dibekalkan oleh pihak sekolah je. Tapi susah2 aku pun aku malas nak belajar. Klau aku rajin kan bagus! Tah2 dah keje bagus sekarang n dah boleh tolong mak aku!!

Sekarang pun family aku masih susah sebab tulang belakang family aku 'xde'. Mak pula hanya suriuma sepenuh masa. Xde pendapatan. Anak2 smua perempuan. Dulu sebelum kawin gaji aku banyak abis kat family aku. Xde pun untuk diri aku. Kadang2 tu jeles gak tengok kawan2 yang lain dapat gaji boleh enjoy untuk diri sendiri tapi aku gaji banyak untuk family aku. Bukan nak mengungkit! Tapi sedih tengok mak aku yang x penah nak merasa hidup senang :( walaupun jeles tapi aku bersyukur dapat tolong mak aku walau x banyak.

Aku bersyukur walau sekarang aku hanya seorang suriuma, xde pendapatan sendiri..makan pakai aku sume cukup. Mr. Right aku akan bank in kan duit tiap2 bulan dalam akaun aku. Aku jga x payah bangun pagi2 untuk kerja. X tension mengadap orang yang macam2 peel kat tempat keje. X mengadap orang yang suka dengki pada orang lain.

Dulu memang aku boring sangat dok uma. Hari2 minta izin mr.right aku untuk kerja. Tapi sekarang aku bersyukur dapat duduk umah. Dapat jaga uma untuk suami aku, dapat tengok anak aku membesar depan mata aku, dapat mendidik anak aku ikut acuan aku, paling penting aku dapat menjaga maruah suami aku :) biar la aku x pegang duit sendiri pun..apa yang aku ada sekarang ni pun dah lebih dari apa yang aku ada masa zaman remaja dulu. Aku sangat bahagia dengan hidup aku sekarang.

Terima ya Allah atas segala rezki Mu ini. Semoga kami suami isteri tidak tergoda dengan hal2 duniawi. Kau berkatilah rezki kami sekeluarga. Aamiin!


Friday, 14 December 2012

Durian crepe!!!

Assalammualaikum..

Hohohoho..dah lama wehh kawe nak make durian crepe ni..dan arini mr.right aku bawak balik khas untuk aku :) tq cayunkk!

Lantak p la orang nak kata aku ketinggalan zaman pun..janji durian crepe aku dah rasa....hahahahaaa

Rasa dia not bad la. Aku lagi suka makan durian gitu je *aku ni hantu durian okehh* durian crepe tu pun aku makan seulas je..tekak macam kembang je bila telan..mungkin sebab ada krim tu kot tu yang rasa lain. Tapi ok la..dah dapat rasa durian crepe tu. Alhamdulilah!