First.................
Aku teringin sangat nak kerja! Jeles tengok kawan kawan aku ade kerjaya sendiri! Ade duit sendiri untuk shoping! Ade kenalan baru! Hari hari boleh bergaya bila ke tempat kerja! huhu.. DAN yang paling penting tak boring dok uma!
TAPI itu dulu..masa mula mula kawen. Maklum la dok berdua aje n suamiku sokmo xde kat uma. Bizi menjaga keamanan negara la katakan *cewahh*. Keadaan ni la yang membuatkan aku berkobar sangat sangat nak kerja! Hari hari minta kebenaran suami untuk kluar bekerja. Suamiku tetap dengan keputusan dia suh aku dok umah je. Katanya senang klu aku nak ikut dia kemana saje. Memandangkan suamiku x mengizinkan..aku dengan paksa rela ikut la perintah suami *nak jadi isteri solehah la katakan..hee* Ye la..redha Allah kan bergantung pada redha suami..x gitteww :) Sekarang kami dah bertiga n insyaAllah akan berempat tahun depan =D perasaan nak kerja tu makin berkurangan hari demi hari. Aku rasa syok pula dok uma. Dapat tengok perkembangan semasa anak dan anak pun membesar depan mata kita sendiri. Paling bestt bila ustaz don cakap cenggini....
![]() |
| insyaAllah..bila ekonomi kluargaku dah stabil..aku ingin jadi surirumah semula :) |
Disebabkan zaman sekarang kalu laki sorang je keje memang x cukup. Barang sume mahal mahal. Smua benda perlukan duit. Xde duit..susahlah hidup! Sebab duit jugak orang boleh bergaduh, berbunuh2an *okay dah melalut*. insyaAllah selepas melahirkan anak kedua aku nanti aku nak meringankan beban suamiku. Aku nak kerja! Hooyehh!!! Banyak yang aku nak beli/plan sebenarnya..huhu...yang tu biarla rahsia :p
Second................
Aku teringin sangat nak sambung belajar. Sambung untuk kepuasan diri sendiri. Sambung saje saje isi masa lapang *lapang la sangat kan*. Ramai jugak kawan kawan aku yang wat PJJ. Syok pulak tengok dorang sambung study. Suamiku pulak memang galakkan aku untuk sambung belajar. Tapiiiiii..........................bila anak masih kecik ni plus akan bertambah lagi baby..aku rasa macam xde masa je nak study! huuhu...adelia makin aktif + baby perlukan perhatian lebih..kompom penat yang amat. Memandangkan ade peribahasa "nak seribu daya..xnak seribu dalih" aku xleh bagi macam macam alasan la kan..kih kih kih..klu orang lain boleh..aku pun mesti boleh! yang penting kena kuat semangat la kan.. klu ade rezki untuk aku sambung study..aku akan study..bila tu?? kita tungguuuuu.....:))
daaaaa........

waa..rajinnya akak nak sambung belajar...ohh..kenapalah saya ni malas sangat nak sambung belajar....
ReplyDeletehehe..skrg mood mmg tgh rajin..kang bila dpt smbg betul2 kompom malas tahap gaban punye :p
Delete