Tuesday, 15 January 2013

Beralih arah!

Assalammualaikum..

Pukul 2:30 tadi Mr.right aku menghadiri satu mesyuarat serah tugas yang baru.
Dari pegawai penyiasat (I.O) kepada ketua balai polis senai (O.C.S).

Aku harap dengan tugas baru ni Mr.right aku ada banyak masa untuk kami sekeluarga. Maklum la aku pun tengah tunggu ari nak bersalin je ni.

Tapi orang kata makin besar jawatan yang kita pegang, makin besar lah tanggungjawab yang akan dipikul.

Kalau betul, aku harus kuat dari segi fizikal dan mental. Wajib ada tahap kesabaran yang tinggi!

Semoga Allah permudahkan urusan kerjaya Mr.right aku dan aku tabah hadapi ini semua. Aamiin!

Daaaaaaa

Published with Blogger-droid v2.0.9

No comments:

Post a Comment