Thursday, 29 August 2013

Kasih abah

Kasih abah sampai syurga..









Mr.right aku citer..dia tunggu lama belon ni. Ramai bebudak beratur nak kan belon comel ni.

So, dia pun bersabar menunggu giliran untuk hadiahkan belon ni untuk anak dia. So sweet :)

Masa on the way balik umah, dia call tanya aku buat ape? Dia x bagi adelia tido dulu sebab ade hadiah!

posted from Bloggeroid

Sunday, 4 August 2013

Hari Hari Terakhir Ramadhan

Sedih! Sayu!

Pejam celik pejam celik ramadhan beransur meninggalkan kita. Tiba2 sebak. Xtau aku akan berjumpa lagi atau tak ramadhan tahun hadapan :(

Ramadhan bulan yang penuh barakah. Banyak stesyen tv siarkan siaran mengaji Al-Quran, tadarus, solat tarawikh live dr Mekah. Jiwa aku jadi tenang bila dengar alunan ayat2 suci al-quran.

Alhamdulilah, so far aku masih puasa penuh. Hopefully cik P x datang melawat aku bulan ni.

Sunday, 20 January 2013

Jatuh cinta sudah!

Assalammualaikum...

Xtau kenapa aku dah jatuh cinta ngan rumah yang aku ngan Mr.right aku tengok tadi.

Seriously, aku memang dah berkenan sangat2.

Sebelum2 ni pun kitaorang ada jugak 2-3x survey umah tapi perasaan tu macam biasa je. X se excited macam aku masuk show house tadi. Memang teruja sangat.

Deco dalam uma tu pun just nice. Ruang tamu, master bedroom, bilik, bilik air, dapur, tempat parking kete smua aku puas hati. Tempat dia pun strategik. Dekat ngan masjid, sekolah, balai bomba, pasar malam dll.

Walaupun uma tu x besar mana tapi bagi aku dah cukup selesa untuk kami sekeluarga. Dah cukup perfect okay! *kang klu beli umah besau2 aku malas nak kemas..hehe* Aku suami isteri pun memang suka umah single storey ni *masing2 malas nak naik turun naik turun tangga..haha*

Ya Allah, aku betul2 dah jatuh cinta sama itu umah!

Tapiiiii................

Lepas dah tengok show house tu, kitaorang g makan sambil2 bincang pasal itu umah. Mr.right aku decided nak g opis dia nak tanya ada kosong lagi x *ok,aku dah teruja + x sabar :p*

Sampai opis tu,

uwaaaaaaaa xde rezki kami. Semua full :(  terpaksa masuk dalam waiting list..kot2 ade yang loan x lulus orang tu akan call kitaorang. Sangat frust sebab aku dah betul3 berminat :(

Hopefully ade lah rezki aku sekeluarga untuk memiliki uma tu. Aamiin!

Daaaaaaa



Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, 18 January 2013

Menangis pastu legaaaa~

Assalammualaikum...

Petang tadi lepas bangun tido, tiba2 hati aku sebak sangat. Kebetulan adelia pun baru bangun tido, bila aku tengok muka dia terus aku menangis teresak2. Basah muka aku ngan air mata. Terus aku df (direct feeding) adelia sambil bagi nasihat.huhu...

Masa nasihat adelia, lagi lah berjurai air mata aku gugur. Aku takut x dapat nak besarkan adelia. Senang citer aku takut mati beranak nanti :(

Hati x tenang lagi. Terus text Mr.right aku minta maaf bagai. Dia reply akan doakan semuanya selamat. Aamiin!

Petang tadi kluar, aku luahkan semua yang aku risaukan kat Mr.right aku..nasihat dia.."itu hanya cakap doc, tp Allah yang berkuasa......."

Ok lega! Hati aku terus tenang :) semoga Allah permudahkan semuanya. Aamiin!

Daaaaaaaa

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, 17 January 2013

Banyakknyeee risiko!!

Assalammualaikum...

Aku baru balik dari jumpa doc pakar O&G. Klinik kk kulai yang arrangekan apointment untuk cek samada aku boleh bersalin normal atau tak untuk second baby ni.

Bila dah jumpa doc, doc pun dah cek pape yang patut dicek..dia pun explain la kat aku bla bla bla bla blaaaa.

Ok noted! Aku paham risiko2 yang bakal aku hadapi. takut T.T  sebab banyak risiko dia. Pape pun Allah lah yang menentukan segalanye. Dalam hati aku berdoa semoga Allah permudahkan urusan bersalin aku nanti.

Abis appointment, aku terus g makan *aku xleh tension..klu tension mesti nak makan* Malas nak pikir sangat ape yang doc cakap. Nanti lagi bertambah tension + takut + serabut.

Now nak tido. Hopefully pas bangun tido pikiran aku lapang.

Daaaaaaa

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, 15 January 2013

Beralih arah!

Assalammualaikum..

Pukul 2:30 tadi Mr.right aku menghadiri satu mesyuarat serah tugas yang baru.
Dari pegawai penyiasat (I.O) kepada ketua balai polis senai (O.C.S).

Aku harap dengan tugas baru ni Mr.right aku ada banyak masa untuk kami sekeluarga. Maklum la aku pun tengah tunggu ari nak bersalin je ni.

Tapi orang kata makin besar jawatan yang kita pegang, makin besar lah tanggungjawab yang akan dipikul.

Kalau betul, aku harus kuat dari segi fizikal dan mental. Wajib ada tahap kesabaran yang tinggi!

Semoga Allah permudahkan urusan kerjaya Mr.right aku dan aku tabah hadapi ini semua. Aamiin!

Daaaaaaa

Published with Blogger-droid v2.0.9

X leh tidoooo~

Assalammualaikum..

Kami suami istri masih berjaga..hohohoho...n baru lepas makan megi...hahahahaaa..*dah pagi2 lapau lak*

Mr.right aku xleh tido sebab arini dia akan terima tugas baru. Nevess le tuu...heeee *next entri aku citer okay*

Aku lak macam biasa le...malam2 asyik melawat cik Tan je sampai segar mata xleh tido. Kang klu tido bangun tido bangun kepala sakit yang amat pulak @_@

#sinki dapur tersumbat pulak.td kluar lupa nak beli acid.esok kompom x masak.haha

Daaaaa...

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, 8 January 2013

Riadah!

adelia rimas naik boyan ngan abah..sempittt!!!! :p
tengok la tu..dia bukan suka kalau kita pegang tangan dia..kecik2 nak bebas!
rehat jap :)
rojak petis + jajan
tempat orang jogging + plus bagi ikan makan *banyak ikan dalam tasik tu..besau2 + lawa2..lupa nak amik gambau
setiap petang mesti ramai gile orang beriadah..nak parking kete pun susah!
sape2 nak round satu hutan pun boleh..sewa je basikal kat sini *macam2 jenis basikal ada..tinggal pilih ikut selera masing2 je
dinner untuk malam tu..yong tau fu je *malam2 klu dapat pekena sup memang terbaekkk!
walau hanya gerai kecik tepi jalan..customer dia ramai gile..memang sodapp la yong tau fu dia
semangat penyokong klate..pas makan nak g tengok final bola..ATM vs Red Warrior
Petang sabtu punya cerita..baru dapat share ^_^

Kami riadah kat hutan bandar putra je. 5 minit dari uma. Memang ni la tempat kami skeluarga rehatkan minda tiap2 petang :) Mr.right aku pun slalu jogging + main basikal kat sini.

#2 arini asyik nak pengsan je :(

Daaaaaa
Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, 4 January 2013

Adelia oh adelia..

Assalammualaikum..

Sementara tunggu cik abe balik keje..kita update blog dulu yok :)

Sejak akhir2 ni manja adelia dah melampau sangat. Mungkin dia dah dapat rasa kehadiran bakal adik dia x lama lagi kot :p

Pantang tengok abah pegang ummi dia + peluk ummi dia, mesti dia mengamuk sakan x bagi abah sentuh ummi langsung!
Macam tu jugak kalau ummi dia tido membelakangkan dia..mula le bising marah ummi! Kalau kita dah pusing mengadap dia, baru dia senyap. Bertuah punya anak.

Pantang ummi hilang kejap..mula le merengek! Nak kita sentiasa ade depan mata dia je.

Anak ummi dah besar :) rajin tolong ummi wat keje umah. Dah banyak benda dia pandai. Seronok dengan perkembangan terbaru adelia. Alhamdulilah :)

Daaaa..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, 2 January 2013

Malas betullll!!!

Assalammualaikum..

Bila Mr.right dah g keje..aku pun mula le jadi pemalas yang amat! Asyik nak tido je. Semua benda malas nak buat. Padahal banyak je keje nak kena settle kan sebelum c kenit tu bangun.

Macam ni le aku klau Mr.right xde kat umah. 24 jam tido je ok. Mood aku totally out! Klau dia ade aku rajin je :) nak2 bab masak..LAGI aku rajinnn! Syok + puas hati ooo bila tengok Mr.right aku makan dengan penuh selera..huhu *air tangan isteri kan pengikat kasih sayang suami ^_^ cewahhh!!

Eh! Patutnye arini Mr.right aku off tapi ntah macam mane bos dia suruh masuk keje lak! Tension aku!!!!!

K la nak join c kenit tu tido :)

Daaaaaaaa

Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday, 31 December 2012

Monday bluessss

Assalammualaikum...

Aku yang suriuma ni pun terkena tempias Monday bluess staff2 klinik kulai pagi tadi.

Hari ni cek up lagi tapi serba serbi x kena. Tension ok!

Dah la panggil no giliran pun x betul. Aku yang datang awal pun lambat balik. No yang lebih dari aku lak yang dipanggil dulu. Kalau macam tu ape guna orang yang sampai awal tapi panggil no ikut suka mak nenek dia je!

Pukul 7:29 pagi aku dah tercegat depan kaunter pendaftaran. Time pregnantkan adelia dulu, klau aku sampai awal macam ni pukul 8:50 dah settle sume. Tapi kali ni memang lambat gile. Pukul 9 baru no aku naik. Dah tu nurse yang kat kaunter pendaftaran salah bagi arahan kat aku lak. Bila letak kad kat bilik doctor, nurse kat situ tegur sebab aku langkah step cek up. Aku pun cakap lah aku ikut arahan nurse. X pasal2..aku kena patah balik wat cek up macam biasa. Buang masa aku je.

Pukul 10 baru settle sume. Mujur la aku ade bawak biskut dari umah. Xle kebulur sangat.

p/s: selamat tahun baru 2013..smoga tahun ni lebih baik dari tahun2 lepas..insya Allah..aamiin!

Daaaaaa

Published with Blogger-droid v2.0.9

Saturday, 29 December 2012

kepok lekor

Assalammualaikum..

Dapat gak makan kepok lekor from klate :) aritu masa adik ipau tunang, ummi mertua aku ada bekalkan kepok tp bertuah punya suami dia malas nak bawak sebabnya dia takut kete dia berbau. Ye ye je pagi tu aku puas geledah nak goreng kepok untuk bekpes tapi hampeh x jumpa pun. Tanya Mr.right aku dia kata x bawak balik. Sabo je la.

Ni ayahcik dia datang uma aku ada bawak kepok. Puas la aku melantak nanti :)


kepok ni mok (nenek) mr.right aku buat sendiri tau..dia berniaga kepok lekor kat klate :)  
syokk oo makan kepok time2 ujan + layan citer chori2 chupke2 :p

Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, 28 December 2012

kempunan!


Assalammualaikum..

Pukul 5 petang tadi Mr.right aku call gtau ayahcik (pakcik) dia nak datang umah!

Terkezutt berukk aku tau! Mana x nye..tiba2 je. Mr.right aku suruh siap2 nak g beli lauk *dah 3 ari uma aku xde stok lauk sebab Mr.right aku nye bz melampau* lagi 1 jam ayahcik dia sampai.

Dah siap beli lauk, kitaorang g jemput ayahcik Mr.right aku kat balai polis kulai.

Sampai uma, terus aku tanak nasi. Solat maghrib.

#start berperang di dapur!!

Menu > ayam paprik + ikan goreng + telur dadar. Simple je :) *tq kanda sebab sudi tolong dinda masak ^_^

Alhamdulilah, habis suma licin! Nasi2 pun licin.

Aku je la x makan sebab masa aku isi nasi dalam pinggan, aku rasa macam x cukup je nasi huhu..padahal aku masak 4 pot! So, sebagai tuan rumah..aku haruslah mengalah :) memang betul dugaan aku..nasi + lauk yang aku masak ngam2 je..hee..

Pukul 10, perut aku pun berdondang sayang mintak diisi. Terus what apps Mr.right aku yang tengah tengok maharaja lawak suruh dia beli beger.

Hahhh....ni la dinner aku untuk malam ni. Kempunan ok nak makan ayam paprik! *esok lusa la aku repeat wat ayam paprik tu lg*

Alhamdulillah..kenyang! :)



p/s: kena tambah ilmu memasak lagi ni sebab aku memang fail nak agak masak banyak mana klu tetamu ramai..maklum le biasa masak untuk 2 orang je..hee



Daaaa....
Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, 26 December 2012

Koleksi terbaru :)

Assalammualaikum..

#entri kedua untuk arini :p

Dah lama aku x beli buku ilmiah :(

Dulu masa keje kat shah alam, tiap2 bulan mesti aku beli buku ilmiah untuk aku muhasabah diri aku! xtau kenapa aku leh stop???
Published with Blogger-droid v2.0.9
 br beli masa kluar isnin malam xmas aritu #nak motivasikan diri aku ikut gaya Rasullulah..insya Allah :)
buku ni dah lama beli..masa balik kelantan dulu2..baru nak start baca..ngeh3 #aku beli sebab Prof. Muhaya yang sugest kat FB :)
tangkapan untuk koleksi aku
yang banyak lampu2 tu singapore..ni view dari kedai makan :)
daaaaaa........

Besday mak!

Assalammualaikum..

24 dis 2012 > besday mak aku yang ke-60 :)

Adik beradik aku yang kat melaka dah plan nak wat makan2. Aku je la x dapat nak join disebabkan Mr.right aku yang bz gilerrr!

Pagi ahad (23/12/12), Mr.right aku call suruh packing pape yang patut..dia ajak balik melaka nak sambut besday mak! So surprise ok..sebab bz2 dia pun dia sanggup lari kejap untuk bawak aku balik melaka..hepi gilee weiii :))

Dah siap packing, aku mesej sume adik beradik aku suh tukar plan sambut besday mak malam tu juga sebab tengahari isnin tu aku kena balik johor *dorang plan nak wat besday mak malam isnin*.

Settle sume keje, dalam pukul 3 petang kami gerak balik melaka. Tiba kat tol kulai, Mr.right aku topup dulu smart tag dia. Tiba2 bos dia call suruh lapor diri kat balai yong peng jam 7 nanti! Ade tugas khas pulak! *frust*

Nak amik hati bini punya pasal..Mr.right aku ajak g Ariani beli tudung *ada sale kan* dia nak belanja *mood hepi balik* :) tapi aku beli selai je..banyak yang aku berkenan tapi sume pendek2! Yang size L pun betul2 atas dada. Terus reject! Malas nak berposak dalam butik tu *sebab ramai gile orang..sampai aku xleh nak bernafas* aku pun bayar je yang aku dah amik *ingatkan nak beli 2-3 helai sementara tengah murah* tapi banyak yang pendek :(

On the way balik umah, Mr.right aku cakap kalau aku nak balik melaka...balik le! Waaa..macam nak balik tapi boleh ke? Bukan ape..aku takut adelia wat hal je nanti plus aku dah 8 bulan pregnant..takut jadi pape je! Pikir punya pikir! Bincang punya bincang! Aku decided, balik je la..hee *dalam hati tawakal je la*

Alhamdulilah selamat sampai melaka. Adelia pun ok je dalam kereta :)

Tapi malam tu x dapat nak celebrate besday mak sebab last minit kakak aku ngan adik aku ade hal pulak! Ponat je den balik..sorang2 lak tu :(


p/s : semoga mak panjang umur, murah rezki, diberi kesihatan yang berpanjangan, hidup diberkati Allah. Aamiin!

pukul 2 pagi aku g jemput Mr.right aku kat tol Ayer keroh. Dia tumpang bas dari yong peng ke perak :)

Mesej kakak aku..besday mak pospone sabtu ni..Jeng3..boleh la aku balik melaka :)


Daaaa...
Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, 21 December 2012

Pagi jumaat yang barakah :)

Assalammualaikum...

Alhamdulilah pagi jumaat yang penuh barakah :)

Syukur ya Allah..Engkau permudahkan urusan kami suami isteri pagi ni. Semoga rezki kami selalu diberkati. Aamiin!

Daaaaa...

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, 18 December 2012

New gajet :)

Assalammualaikum..

Surprise from my Mr.right!

Alhamdulilah..tercapai gak impian :) semalam online guna iPhone tapi merajuk lak dia *bukan aku buang dia terus pong* line ade tapi asyik loading je..malehh aku nak nunggu *_*

Daaaa

Monday, 17 December 2012

Settle sudah keperluan untuk baby :)

Assalammualaikum..

Setle sudah barang keperluan untuk baby :) alhamdulilah!

Petang tadi lepas balik dari rumah jiran aku *ada majlis solat hajat* mr.right aku ajak g beli barang barang untuk baby.

Sampai angsana, kitaorang terus tuju tempat barang baby. Rambang mata wehh tengok baju baby yang comey comey!! Tak lupa jugak baju untuk adelia skali. Dah siap pilih n mr.right aku dah bayau..aku ngan mr.right aku g cari barang kitaorang pulak. Barang aku xde stok. Mr.right aku je la dapat beli barang dia.

Barang keperluan untuk aku masa berpantang nanti..esok lusa baru beli. Harini shoping untuk baby je dulu. Tu pun beli sikit je sebab barang adelia dulu masih elok :) alhamdulialh dapat jimat..hee

On the way nak ke kereta, ternampak khemah kat padang angsana ada pameran kraf. Nak singgah tapi parking dah bayau pulak. Lain kali je la cuci mata kat pameran tu. mana tau ada yang berkenan kat hati kan..heee

Sebelum balik umah singgah beli nasi kerabu dulu *arini aku gantung periuk sebab ada kenduri + nak kluar shoping* nasi kerabu dia memang best! Kalau kitaorang g angsana wajib beli nasi kerabu kat situ :)

Habis sudah story untuk hari ni. Nak kena tido awal sebab esok ada cek up! Semoga semua nya baik baik saja! Aamiin


Daaaaaa

Sunday, 16 December 2012

Suamiku yang baik hati :)

Assalammualaikum..


Tengah hari semalam tiba2 je x sihat. Badan rasa x sedap. Tekak pula kembang semacam je! Rasa macam nak muntah! Uwerkk!!! Siyesly..memang x tahan sangat.

Aku pun geledah la almari ngan peti es kot2 ada makanan yang boleh aku telan untuk pulihkan tekak aku ni. Makanan banyak..coklat yang beli kat langkawi dulu pun masih ada lagi tapi tekak aku still kembang lagi.

X leh jadi ni. Aku terus text mr.right aku gtau keadaan aku. Dia suruh rehat. Dalam sejam kemudian dia balik uma bawak balik satu plastik penuh makanan dalam tu. Sukanya aku tengok macam2 jenis makanan. Terus rasa sihat..heee.

Bila buka bungkusan plastik tu..banyak sangat asam/jeruk. Aku bukan nya hantu asam2 ni..jeruk ape tah lagi. Memang jarang sangat la aku nak makan benda alah ni sume! Tapi untuk hilangkan rasa kembang semacam kat tekak aku ni..aku makan juga..baru lega :)

Tima kaceh heroku..sanggup balik kejap tengok isteri dia yang x sihat ni :)

#sepatutnye ni entry semalam tapi xleh publish lak *_*

Saturday, 15 December 2012

Scan 4D

Assalammualaikum..


Petang semalam aku g wat scan 4d for adelia's junior kat Klinik Pakar Puan Tan di jb :) klinik yang sama masa aku nak wat scan 4d untuk adelia dulu. Tapi masa adelia dulu x nampak sebab kandungan aku dah besar masa tu. xde rezki untuk wat kenang kenangan masa adelia dalam perut aku :(

Kali ni alhamdulilah dapat gak aku wat kenang kenangan untuk adik adelia walau pun kandungan aku sekarang dah 31 weeks :) jantina masih sama :) harga untuk scan 4d 140 henggettt..mahalllll huuu